ejoeSolutionsDKELATEhomeprojektutorialforum ejoe.netsearchlinks
ejoe.net Forum Index -> Kelab bual -> 10 cara utk ibu bapa kenalpasti sama ada anak lelaki mereka.
Post new topic Reply to topic View previous topic :: View next topic
10 cara utk ibu bapa kenalpasti sama ada anak lelaki mereka.
PostPosted: Mon Jan 19, 2004 1:23 pm Reply with quote
bingji
eStaff
eStaff
Joined: 24 Apr 2003
Posts: 5496
Location: sOMEwheRE I bELonG..




10 cara untuk ibu bapa mengenal pasti sama ada anak lelaki mereka tu adalah gayboy

Ibu bapa sebenarnya tak perlu risau jika mereka mendapati anak mereka itu gay. Bukan nak cakap apa, anak-anak gay ini selalunya tidak akan berkahwin, dan mereka pula lebih bersedia untuk menjaga ibu dan bapa mereka dari menjadikan mereka tukang gaji tak berbayar (untuk menjaga cucu). Lagipun, kebanyakan anak-anak gay ini sopan budi bahasa dan tatatertibnya. Memandangkan anak-anak gay ni tak ada tanggungan anak bini, mereka selalunya akan memberi duit tanggungan serta tumpuan kasih sayang yang lebih kepada orang tuanya...

Berikut adalah tanda-tanda yang boleh diperhatikan oleh ibu-bapa untuk melihat jika anak lelaki mereka adalah gay atau sebaliknya:

1. Bila tiba masa kenduri-kendara, terutama kenduri kahwin, anak lelaki ini lebih senang menghias pelamin dan menggubah bunga telur daripada berpanas terik untuk menyiapkan khemah ataupun mengumpulkan kayu api seperti lelaki-lelaki lain. Kalau dia ada jugak di celah-celah lelaki tersebut, cuba perhatikan yang anak lelaki tersebut lebih banyak menghabiskan masa melihat lelaki-lelaki kampung tu, daripada mengangkat kerusi ataupun tiang khemah.

2. Bila nak tiba musim raya, bila tiba masa nak belikan kain kosong untuk buat baju melayu ataupun baju kebaya maknya, anak lelaki ni lebih selesa bercerita tentang fesyen kebarung terbaru dengan kain organza (hello, akaq-akaq jer tahu apa itu kain organza, occay!) dan lain-lain berkenaan dengan citarasa wanita, sedangkan si ayah hanya dibelikan kain kosong dari Kamdar aje.

3. Bila kadang-kadang terdengar perkataan-perkataan 'sesuatu' dari mulut anak lelaki ini (terutama dalam telefon, bercakap dengan kawan-kawan, mungkin terpacul perkataan "mak" ketika dia membahasakan dirinya). Jadi para ibu, janganlah cepat perasan yang anak lelaki ni memanggil si ibu, itu cuma kata ganti nama pertama untuk anak lelakinya itu.

4. Anak lelaki ini akan mengatakan yang dia lebih mementingkan career dari segalanya - apabila ditanya bila nak kahwin sedangkan umur dia dah masuk 40 tahun. Ye lah, lelaki heteroseksual mana yang tak ada nafsu nak kahwin, ye tak?

5. Bila anak teruna ni silih berganti membawa pemuda-pemuda atau budak-budak lelaki ke rumah (balik kampung). Dan kalau diamati, mereka (kawan-kawan) yang dibawa bersama mempunyai ciri yang serupa - kulit yang gebu terjaga, dandanan rambut kemas, selipar/sandal yang serupa, baju yang agak sempit dan lengan yang agak pendek dan pertuturan yang sedikit serupa.

6. Anak lelaki teruna lebih senang bercerita tentang hiasan dalaman, salon kecantikan, tempat urut mengurut untuk lelaki... daripada bercerita tentang, pasukan bola sepak atau Liga Perdana Inggeris.

7. Kalau tengok TV, kalau ter"flick" channel yang ada perlawanan bola, dia cepat-cepat menengok rancangan lain seperti Nona.

8. Kalau balik ke kampung, perhatikan bag toiletries yang dibawanya bersama. Sudah pasti, terdapat pelbagai jenis tabung-tabung mekap dan pelbagai jenis alatan untuk dandanan. Paling pelik, kalau dikumpulkan semua tu, sudah tentu boleh membuka satu kaunter mekap.

9. Jenama-jenama barangan seperti DKNY, Ferragamo, Prada, lebih mudah mereka tuturkan berbanding dengan nama-nama anak saudara mereka sendiri.

10. Kalau sesekali balik ke kampung, tentu dia akan membawa "teman wanita" untuk mengaburi mata emak dan ayah. Tapi belum pun sempat nak duduk, dia telah membuka kata-kata bertanyakan siapa anak-anak bujang yang baru menyewa di sebelah rumah. Atau bertanyakan, anak bujang jiran yang sudah lama tak kelihatan.
View user's profile Send private message Visit poster's website
PostPosted: Wed Sep 10, 2008 10:16 am Reply with quote
nasri
sijil
sijil
Joined: 10 Sep 2008
Posts: 4




nak tau ada dara ka x mcm mn plak????
View user's profile Send private message
PostPosted: Sun Sep 28, 2008 1:56 pm Reply with quote
nasikdagang
ijazah
ijazah
Joined: 24 Jul 2002
Posts: 325




ada betul. Tapi point2 di atas lebih merujuk kepada pondan-boy, bukan gayboy..
sebab perkenalanku dengan wanmad (bukan nama sebenar) menunjukkan
lelaki yang suka main bola, selekeh dan tak pandai hemat diri pun boleh jadi gay jugak..

Selamat Hari Raya..
Maaf Zahir Batin

_________________
Age is nothing but a bunch of numbers, ne?
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
PostPosted: Fri Oct 10, 2008 3:45 pm Reply with quote
xybundle
sijil
sijil
Joined: 07 Nov 2007
Posts: 5
Location: seri kembangan




ni sumber yg sah ke nih...??
kalau mmg sumber yg sah, leh la aku wat rujukan..

_________________
http://www.xybundle.blogspot.com
>>> selected.. unique.. rare.. vintage <<<

Nikmatilah keunikan dalam dunia "BUNDLE" !!!
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
Similar Topics
Topic Author Forum Replies Posted
cmner cara nk wat borang submit post?l html5089 Web design, programming & database 1 Sat Oct 25, 2008 9:44 am View latest post
Cara Penulisan Ebook....Coba disini... didiet_donk Iklan dan jual beli 0 Sat Oct 11, 2008 6:26 pm View latest post
Pengasuh anak-anak aku pesklas Ruangan Bisnes & Kerjaya 0 Tue Sep 02, 2008 2:12 pm View latest post
Cara nak combine line streamyx sergen It, komputer, internet & handphone 4 Sun Apr 27, 2008 9:47 pm View latest post
nak block xnak 2 orang user ada id sama syafiena Sudut Pelajar 4 Thu Jun 28, 2007 3:16 pm View latest post


ejoe.net Forum Index -> Kelab bual -> 10 cara utk ibu bapa kenalpasti sama ada anak lelaki mereka.
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You can delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

  
Post new topic Reply to topic
powered by phpbb


Copyright © 2008 ejoe.net
Developed & Hosted by ejoeSolutions • Powered by PhpBB