ejoeSolutionsDKELATEhomeprojektutorialforum ejoe.netsearchlinks
ejoe.net Forum Index -> It, komputer, internet & handphone -> 10 perkara yg menjejaskan prestasi komputer
Post new topic Reply to topic View previous topic :: View next topic
10 perkara yg menjejaskan prestasi komputer
PostPosted: Mon Jun 06, 2005 12:19 pm Reply with quote
ejoe
admin
admin
Joined: 02 Jul 2002
Posts: 7581
Location: ejoeSolutions




Quote:
Sepuluh perkara yang menjejaskan prestasi komputer

Kemungkinan selepas setahun kita menggunakan komputer, kita akan dapati terdapat beberapa perubahan yang ketara terhadap prestasi komputer kita misalnya selalu 'hang' ataupun operasi yang semakin lambat. Jika kita pengguna yang hardcore pula, masalah ini pasti berlaku lebih awal lagi. Berikut disenaraikan sepuluh perkara yang dirasakan menjadi punca kepada terjejasnya prestasi komputer kita. dan sepuluh perkara ini juga menjadi asas panduan atau pegangan yang sangat baik bagi aku dalam kerja kerja maintenance.

1. Mikropemproses mengalami kepanasan melampau.
Kepanasan melampau ini terjadi apabila motor kipas yang menjadi penyejuk kepada mikropemproses tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini disebabkan habuk yang terdapat di sekeliling kipas yang menyekat putaran kipas tersebut. Selain daripada itu, mungkin bearing kipas menjadi longgar yang menyebabkan gegaran berlaku pada mikropemproses. Kesannya ialah mikropemproses tidak dapat bekerja dengan baik.

2. Masalah RAM
Terdapat juga RAM yang dari jenis murah yang tidak memenuhi spesifikasi serta mempunyai masalah komposisi cip-cip yang siap terbina. Akibat dari masalah ini, ialah RAM mudah mengalami kepanasan melampau yang menjejaskan keupayaan komputer. Selain daripada itu, masalah ëBlue Screení juga akan lebih kerap berlaku.

3. Cakera keras
Bagi cakera keras pula, masalah-masalah yang menyebabkan terjejasnya prestasi komputer ialah seperti bertambahnya sektor-sektor rosak (bad sector) ketika melakukan proses chkdsk dan scandisk, kerosakan dalaman (intermittent) yang mengakibatkan kegagalan proses boot dan capaian putaran per masa yang rendah yang mungkin tidak sesuai dengan spesifikasi komputer yang digunakan.

4. Konfigurasi BIOS
Pengguna komputer seharusnya tidak terlalu bergantung kepada konfigurasi BIOS 'kilang' sebaliknya perlu mengetahui konfigurasi sistem yang optimum. Ini adalah kerana konfigurasi BIOS yang tidak tepat turut mempengaruhi keupayaan komputer.

5. Pengawal Cakera
Kabel pengawal yang digunakan perlu menepati spesifikasi pengawal cakera yang dipasang. Begitu juga dengan papan ibu (motherboard) yang harus mampu menyokong pengawal cakera. Sebagai contoh pengawal cakera UDMA-66 memerlukan kad khusus untuk dipasang pada papan ibu yang hanya menyokong pengawal cakera UDMA-33. Jika tidak dipasang, ia pasti akan mengundang masalah kepada prestasi komputer.

6. Sistem Operasi
Sistem operasi seperti Windows XP dan Windows 2000 biasanya mempunyai banyak servis yang dijalankan. Servis-servis yang dijalankan jika terlampau banyak akan merencatkan prestasi komputer. Servis yang jarang diguna sepatutnya diberhentikan kerana ia banyak menggunakan sumber tenaga komputer.

7. Proses dan Aplikasi
Proses dan Aplikasi (.exe) yang terlampau banyak digunakan akan menyebabkan komputer menjadi perlahan. Untuk melihat proses dan aplikasi yang sedang dilarikan, pengguna bolehlah klik pada bahagian Windows Task Manager.

8. Fragmentasi Cakera
Fragmentasi cakera berlaku apabila terlalu kerap fail-fail disimpan, dipadam dan ditukar. Ini menyebabkan kandungan fail bertaburan didalam sektor. Fragmentasi juga berlaku apabila kandungan cakera penuh. Seharusnya ruang kosong sebanyak 20% sehingga 25% perlu disediakan bagi mengurangkan masalah fragmentasi ini.

9. Aplikasi latar belakang
Ramai pengguna yang suka melarikan aplikasi latar belakang secara automatik selepas proses boot ataupun permulaan sistem operasi. Aplikasi yang terlalu banyak dilarikan pada satu-satu masa akan menyebabkan komputer menjadi perlahan dan adakalanya menyebabkan 'hang'. Aplikasi-aplikasi yang digunakan ini boleh dilihat pada folder Startup.

10.Sistem fail
Dalam sistem operasi Windows terutamanya NT dan 2000, pemilihan sistem fail iaitu NTFS dan FAT adalah sangat penting. Ini adalah kerana sistem fail ini merujuk kepada saiz dan bilangan kelompok dalam sesuatu cakera. Saiz kelompok yang besar akan meningkatkan prestasi komputer. Kebiasaanya, sistem fail NTFS mempunyai saiz kelompok yang lebih besar berbanding FAT.[B]


TroubleMaker
http://www.oyak.net/v4/viewtopic.php?t=1323

_________________
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
PostPosted: Tue Jun 07, 2005 11:27 am Reply with quote
t4ch4_p0k
diploma
diploma
Joined: 18 Mar 2005
Posts: 168
Location: Tips Of Borneo




bagus juga ada topik ni ejoe. boleh aku kenalpasti masalah pc kat opis kalau ada topik mcm ni. Smile Razz

_________________

View user's profile Send private message
PostPosted: Wed Jun 08, 2005 2:46 pm Reply with quote
hizwanfx
sijil
sijil
Joined: 19 Oct 2004
Posts: 48




tocey laa apek ejoe

_________________

www.penangonline.org
View user's profile Send private message
PostPosted: Wed Jul 13, 2005 2:49 am Reply with quote
hosmu
sijil
sijil
Joined: 03 Feb 2005
Posts: 3




best.. tq

_________________
-|Saya Budak Baru Belajar|-
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
PostPosted: Tue Dec 06, 2005 12:25 pm Reply with quote
endless_bachless
ijazah
ijazah
Joined: 07 Jul 2005
Posts: 223
Location: Planet Nameck




joe..tak de nak ajar cara nak overclock pc ker..??? Shocked Shocked
View user's profile Send private message Send e-mail Yahoo Messenger
PostPosted: Tue Dec 12, 2006 4:06 pm Reply with quote
Arjuna
sijil
sijil
Joined: 19 Feb 2006
Posts: 9
Location: Darul Naim




Kemah tu..molek jugok..
blh la nk try cuba...
hehhehe...

_________________
Aper- aper ajer!!!!
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
PostPosted: Tue Dec 12, 2006 4:12 pm Reply with quote
blurruitm
sijil
sijil
Joined: 26 May 2006
Posts: 47




oc .aku pn nk blaja.bg la guide dia satu2.aku tgk guide kt tenet pning pale.
View user's profile Send private message
PostPosted: Wed Dec 13, 2006 1:42 pm Reply with quote
tu7uh
profesor
profesor
Joined: 28 Apr 2004
Posts: 1438
Location: disana-sini




senang jer....
step pertama ialah;
- kenalpasti motherboard pc anda...
pastu baru search mr google kita kaedah/guide berkaitan....
nanti kita akan rasa mudah. M.U = Mu, D.A.H. = dah, Mu+Dah= Mudah....
Cuma kena berani tanggung risiko...
hahaha...

_________________
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
Similar Topics
Topic Author Forum Replies Posted
Pensyarah Komputer Sains/ IT/Multimedia ejoe Ruangan Bisnes & Kerjaya 0 Wed Jul 23, 2008 10:14 am View latest post
Bayaran untuk service komputer kotakasut Sudut Pelajar 12 Thu Jan 31, 2008 5:07 am View latest post
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer UT... wanmad Sudut Pelajar 13 Tue Oct 10, 2006 8:17 am View latest post
Komputer problem kurt_penang It, komputer, internet & handphone 6 Wed Sep 13, 2006 12:51 pm View latest post
Mati selepas main komputer 50 jam ejoe Kelab bual 6 Sun Sep 11, 2005 10:43 am View latest post


ejoe.net Forum Index -> It, komputer, internet & handphone -> 10 perkara yg menjejaskan prestasi komputer
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

  
Post new topic Reply to topic
powered by phpbb


Copyright © 2008 ejoe.net
Developed & Hosted by ejoeSolutions • Powered by PhpBB