 |
Bekas ustazah murtad dipenjara |
 |
Posted: Tue Mar 04, 2008 12:18 am |
|
|
| layar_sambar |
| master |

 |
| |
| Joined: 07 Mar 2005 |
| Posts: 721 |
| Location: Universiti Malaya KL
|
|
|
 |
 |
 |
|
| Quote: | Bekas ustazah murtad dipenjara
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara dua tahun terhadap bekas ustazah, Kamariah Ali yang didapati bersalah atas dakwaan murtad.
Hakim Mohamad Abdullah memerintahkan bekas pengikut kumpulan ajaran sesat, Ayah Pin itu, menjalani hukuman di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan, berkuatkuasa hari ini.
Beliau berkata kesalahan yang dilakukan oleh Kamariah begitu serius dan perlu dipandang berat kerana perbuatannya itu terlalu sensitif di negara ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
"Banyak implikasi yang akan berlaku akibat daripada perbuatan Kamariah ini. (Misalnya) jika berlaku kematian (ke atas Kamariah), banyak pihak akan berbalah... di mana Kamariah hendak dikebumikan dan sebagainya sepertimana yang berlaku dalam kes-kes sebelum ini.
"Semasa saya memberi salam (sebelum memulakan kes hari ini), saya tidak nampak mulut Kamariah bergerak menjawab salam saya. Ini tidak menggambarkan keikhlasan Kamariah (untuk berubah dan insaf)," katanya.
Bekas ustazah yang berkelulusan agama dari Universiti Al-Azhar, Mesir itu dituduh mengeluarkan kenyataan telah keluar daripada Islam di hadapan Hakim Wan Abdul Malik Wan Sidek pada 12.50 tengah hari 21 Julai 2005 semasa di bilik bicara Mahkamah Rendah Syariah Besut. - Bernama |
apa sudah jadi.... terer betul ayah pin... |
|
_________________
 |
|
|
|
 |
powered by phpbb
|
|