jalan dan makan sesuka hati.. tidak peduli nasib diri.. mengapa begini lumrahnya bumi.. tidak memahami tidak mengenali.. hanya ingat hidup sendiri.. tidak takut bencana hadir lagi.. hanya beseronak sementara dibumi.. bencana datang sebuk berlari.. kenapa takut jika berani.. barulah tahu langit itu tinggi.. dulu tak penah mencari.. sekarang sibuk menyembah ke bumi.. tak guna semua dah terjadi.. rasa sahaja nikmat yang di beri.. menangislah meraunglah sesuka hati.. tiada siapa peduli lagi.. tanggung sendiri apa yang dicari.. dulu kata paling hebat dibumi.. mengapa kini paling takut disini.. itulah siapa suruh bangga diri.. kan menyesal tak menyudahi.. sekaranglah mencari sekaranglah menerokai.. gunung yang tinggi sudah tersedia janji... pergi sahaja jangan berlari.. takut nanti jatuh ke duri.. sakit nanti tiada pelali.. bila diatas tengok lah kebumi.. jangan bangga diri takut melupai... siapa kita masih berdiri.. belum lagi mati... jangan bangga diri.. takut nanti neraka pergi.. nanti susah tanggung sendiri.. al-quran dan nabi sudah diberi.. pergilah cari pergilah mengkaji.. tak guna jika beli tapi tak difahami.. rugi duit rugi akhirat nanti.. siapa aku yang berkata begini.. hanya jasad yang tak megerti.. tapi roh yang memahami.. sungguh pelik itik berlari.. mengapa tidak terbang ke langit tinggi.. sudah terbentang sudah terbuka kini... pintu yang dibuka jangan dikunci.. masuk sahaja jika berani.. hampir sama langit dan bumi.. tapi mengapa manusia bodoh dan tuli.. tak mengerti aper yang terjadi.. telah diterang telah diberi.. haiwan dan manusia sama berkaki.. cuma ular berlengkar bermimpi... menunggu didalam kubur yang berduri.. kukunya tajam panjang lagi.. kepalanya banyak sampai lupa nak meneliti.. menggigil menjerit tak guna lagi.. giginya telah ke diri ini... meronta terbelit sakitnya hati.. baru teringat dulu terlupa janji.. habislah aku neraka sudah menanti.. tujuh pintunya terbentang berapi.. apinya panas bagikan seribu matahari.. tingginya bagai seribu gunung tersusun rapi.. kepala dihantuk ke dinding pecah boleh tercamtum kembali.. berulang-ulang kali melakukan walaupun sakit tetap menyusuli.. ada pula minum air dari nanah berapi... pedihnya tekak tiada siapa peduli.. walaupun kotor dan sakit tetap nak merasai.. terlihat juga syitan yang menari-nari.. bersorak seronok kerana melihat manusia yang bodoh dan tuli.. dulu didunia seronok hingga terlupa janji.. tapi kini makan janji sendiri.. siapa suruh syitan berjanji.. kan lebih elok mencari.. barulah terbuka jalan didaki.. baru senang hendak menerokai.. gunung yang tinggi terbinanya mahligi.. tapi sayang tidak ramai yang mampu mendaki.. jika tiada bantuan illahi terus semua jatuh keduri.. bersyukurlah hadir didunia ini.. ingatlah dosa ingatlah neraka supaya tidak dibaham api...
berlari kepenatan mengejar mentari.. tersungkur jatuh tersembam ke duri.. terluka berdarah pedih menerokai.. menggigil kesejukan beralas salji.. tabah jua tangan yang mengapai.. mana mungkin terlaksananya mimpi.. jika tunduk kaki terhenti.. kejarlah cinta yang hampir tercapai.. jangan biar musnah mahligai.. hampalah kelukaan tiadalah pelali.. biar penat mengejar mentari.. jangan penat memikul api.. terbakar diri musnahlah mimpi.. sia-sia usaha kaki berlari.. jika tetap langkah ke api.. apa guna terciptanya mimpi.. jika diri tidak memahami erti.. cuba mencari cuba menkaji.. barulah sampai dipuncak tertinggi.. binalah mahligai disana nanti.. barulah aman hidup disini... tiada lagi semua disini.. hanya keseorangan menunggu menanti.. bila agaknya semua terjadi.. dimanakah nanti akan pergi.. adakah indah adakah ngeri.. jika indah syurganya pasti.. jika ngeri terpaku meratapi.. tiada guna menangis meratapi.. semuanya sendiri yang mencari.. masa waktu sudah diberi.. mengapa dulu tak menerokai.. menyesal tiada guna lagi disini.. cinta hanya datang sekali.. carilah sekarang cinta yang hakiki... kerana nanti ia akan pergi.. jangan biarkan ia pergi.. ambillah cahayanya walaupun sekali.. kerana nanti sendiri yang merasai.. betapa hebat cinta yang diberi.. walau dicaci walau dibenci.. tetap menyayangi tetap memaafi.. tapi sayang tiada yang ingin membelai.. mengapa begini lumrahnya bumi.. berpusing-pusing tanpa berhenti.. kepala pening bintang berlari.. berhentilah seketika jamahlah nasi.. supaya langkah makin deras berlari.. gunung tinggi banyak semak berduri.. pedih jika duri menembusi.. carilah ubat jika negri.. supaya nanti boleh melangkah lagi.. apa ada pada diri.. jika hidup seakan mati.. tiada guna hanya rugi.. carilah jalan sebelum mati.. tambahkan ilmu tambahkan amali.. moga tenang menghadapi mati.. jasad ke tanah, roh kemana nanti..........
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum